Tuesday, November 22, 2011

mengeluh ke senyum?

Assalamualaikum.

complaining habit, siapa antara awak semua tak pernah mengeluh? saya gerenti awak semua mesti biasa dengar ayat-ayat kat bawah ni kan? jangan tipu la kalau awak tak pernah walau sekali pun mengeluh/ cakap macam ni;


"ah, bosan nya hidup saya ni. bencilah!" atau

"ah, kenapa dia saja yang bertuah? dia cantik/kacak, dia bijak, keluarga dia kaya,hidup mewah! hidup dia fun!. boleh enjoy sana sini. kehidupan dia perfect! kenapa saya tak sebertuah dia?" atau


"saya dah letak sepenuh usaha saya untuk jadi pelajar/pekerja terbaik. dia tak buat apa-apa pun, tapi, kenapa mesti dia juga yang jadi kesayangan pensyarah/ bos? atau


"dia tak cantik langsunglah, macamana dia boleh jadi teman wanita lelaki handsome tu?"   atau


"s#*t! bencinya kerja ni! kalau lah saya boleh putar masa, saya tak akan pilih kerja ni!" atau

" panasnya hari ni, tolonglah hujan...."( hari panas).....tapi bila hujan,."ah, kenapa hujan pulak ni?? kenapa perlu hari ni..?"   atau

"untunglah dia ada kereta/gadget/ aset mewah. saya ni mana mampu semua tu....."

~and the list goes by.........~

kita terus mengeluh setiap hari. bukan mengeluh saja, tapi kita salahkan pula orang lain atas ketiakpuashatian kita dalam hidup ni. bukannya kita tak pernah terfikir/ tau.......

bila kita mengeluh kita tak cantik/ kacak,
sebenarnya ramai lagi yang lagi hodoh daripada kita.

bukannya kita tak tau,

bila kita mengeluh hidup kita tak bertuah,
sebenarnya ramai lagi yang bernasib teruk daripada kita.

semakin kita mengeluh, sebenarnya semakin kita membuka kelemahan diri kita. instead of letting our self keep complaining, why not we just smile and let the things go?
sejak akhir-akhir ni saya banyak fikirkan masalah. end up, saya mengeluh, saya down, saya menangis. sampai satu hari, kawan saya cakap;

 "elynn, apa yang kau dapat dengan down, menangis je macam ni? daripada kau menangis hari2 macamni, apa kata kau senyum je, kau buat benda yang yang boleh buat kau senyum balik."

disebabkan tersentap punya pasal, esoknya saya bangun pagi, saya jogging keliling padang 20 round tanpa henti smbil menyanyi kuat2. kalau orang tengok pun mesti cakap saya mereng.lantaklah, yang penting saya lega yang teramat lepas tu. setiap pagi bangun tido, saya mesti senyum dan motivate diri sendiri.

"no more tears, no more complaining.just smile"

Alhamdulillah, saya jadi lebih bersemangat sekarang.biar apa masalah yang datang, saya boleh cool. So guys, lets take a positive step towards a better life
 ............................................................................
Senyum saja, macam saya :)
 kat hidung tu bukan mukus/najis hidung tp cermin tu yg kotor.hak2








till then :)

p/s: pelik gila bila guna bahasa baku macam ni. eh, TAHNIAH SKUAD MUDA MALAYSIA!

4 comments:

Lizzie Yasmin said...

Tarik nafas panjang dan lepas kan pun bunyi mcm mengeluh... Hmmmm

syakey said...

terlalu banyak komplen mksdnya takberpuas hati dengan ketentuan Allah kan.

so,lebih baik muhasabah diri,baiki mana yg kurang, utk kurang kan keluhan ms akan dtg.

trima dengan hati terbuka untuk semua kesusahan,dugaan,cabaran. itu lebih baik :)

elynnzainol said...

lizzie : tu lah masalahnye kann ;(

syakey : yep, couldn't agree more! betul2 ;p

elynnzainol said...
This comment has been removed by the author.