Wednesday, December 7, 2011

jakun sebab masuk website Jepang

assalamualaikum <3

hai semua orang. haritu saya ada sebut-sebut pasal flower arrangement class dengan featured in Japan website kan? ingat tak?ingat tak? mesti tak kan. tak pun paling koman korang mesti cakap " bila masa pulak ekau cakap eh?".

takpe korang takpe.... ni yang rasa nak sembunyi belakang langsir sebab merajuk ni. *entahpape engkau ni la*

oklah last weekend aritu saya ada join satu class. kelas ni dianjurkan oleh one of interior design firm dan,adalah seorang encik yang selalu collaborate dengan company saya kat sini lah yang ajak+ sponser kelas tu. dan actually, beliau la sensei untuk kelas tu. mula-mula macam berlagak dan angkuh sebab gua mana minat sangat gubah-gubah bunga ni bro. tapi demi menemankan satu-satunya sahabatku di sini, makanya saya pun turutkan lah jua. lagi tambah rasa nak pergi sebab encik sensei tu promise nak belanja makan pancake lepas kelas tu. haha bab-bab makan ni memang agak kepantangan sikit. orang nak belanja, ekau grab je la. lagipun kan orang tua-tua selalu cakap 'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'. haha dan dan je kan.

kelas tu tak de lah lama pun dan takde la special sangat pun. tapi disebabkan saya dan partner saya je orang melayu kat situ, lebih spesifik lagi orang Malaysia, terus jadi attention untuk kelas tu. haha terus rasa macam selebriti kelas pertama je untuk hari tu. (maaf ya, sediakan lah baldi sendiri kalau nak muntah)

nah kalian boleh klik klik ni tau untuk terus pegi website tu. tapi maaflah ye, tulisan Jepun je. tapi ada yang translate punya rasanya. 
lagi sekali,  


boleh bayangkan betapa gigih dan fokusnya saya tak?

taraaaaaaa. siap dah!
 gambar-gambar curi daripada website tuh.hehehe arigato gozaimasu! ehh yaaa saya tau itu muka sudah bulat. T______T.


haaa bab kelas, bunga, dah habis. jom tengok bawah ni.

haaa kann memang mengancam nii
 ehh ha jangan risau. saya dah cek semua ingredients dalam tu. butter yang digunakan pun vegetable butter. time makan ni tea time, hujan pulak tu. hidang panas-panas, dituang honey pulak atas pancake tu. pelengkap rasa, fresh strawberry yang kaw. haihh. masa taip ni dah sekotak tisu habis buat lap ayaq liuq.


so, macamana dengan weekend awak semua? weekend ni saya takde apa-apa planning lagi. ohh ermm snowman sounds great kan? :) okaylah sampai sini dulu. nak balik masak dan makan. arini bunyi perut macam-macam genre dah nyanyi. dari dangdut ke metal rock. ehemm atas permintaan ramai (ceh lebih dari satu tu kira lump sum ramai la kan) saya nak menepek seketul lagi gambar buat pengubat rindu rakyat Malaysia sekalian. miahahhaha




thanks to beloved sissy for the coat. comfy! *amboi pipi seperti di pam pam*

jumpa lagi!

5 comments:

AnGeLFiRe said...

pancake..... slurpp

elynnzainol said...

kannn kannnn

Ayu Na said...

tetibe lapo lak.. heheheh :P

elynnzainol said...

ayu na!!! thnks sebab rajin singgah sini. terharu tau ada org baca. sobsobbb. :) friends? =p

Anonymous said...

i baca jugak tawww..cume tak rajin komen je...huhu