Thursday, December 8, 2011

Future Planning

Assalamualaikum.

hai all! hows your day? its getting colderrr and colder now. nak bangun tidur, nak pergi toilet, nak buat apa pun semuanya malas. satu benda je saya rajin, MAKAN. hari ni terr rajin pulak nak update belog. kenapa?


okay, ceritanya begini. tadi seperti biasalah curi-curi online FB time kerja sambil-sambil siapkan model dan ditemani secawan kopi hitam pekat menawan tanpa gula (ya, tanpa gula) sambil layan lagu sedih teringat dekat mak ayah yang jauh beribu batu di Malaysia tu.

sambil-sambil scroll mouse tengok apa luahan perasaan terkini kawan-kawan fesbuk, gosip dan isu semasa, saya pun terklik lah satu page seorang beliau ni. beliau ni jual tudung, maklumlah dunia teknologi sekarang ni kan, so banyak lah yang buat online business. sebenarnya dah lama saya meng-friend dengan beliau ni dalam fesbuk tapi baru hari ni terdetik hati nak kaji pasal beliau nih. ceh tiba-tiba gua jadi stalker pulak hari ni. beliau ni cantik, muda lagi, baru 21 tahun, dan masih study. tapi yang paling buat saya lagi nak stalk pasal dia, sebab semua tudung-tudung/produk yang dijual tu, semua didesign sendiri, brand sendiri. in short word, her own company.

wohh korang tak impressive ke kat orang tu bila muda-muda lagi dah ada company sendiri, pakai duit pun titik peluh sendiri, tak payah harap kat mak ayah lagi? so, saya dengan gentlemen nya terus tanya kat beliau,

" camno ekau buleh terpikir buek bisnes ni, yo? terpikir nak design sendiri, pastu ekau dah kayo sekarang. mudo-mudo laie dah pogang duit sendiri tanpo join skim copek kayo mahupon MLM.cubo ekau share siket dongan den"

 beliau pun jawab

"kawe start bisnes ni kecik-kecik ja mulo-mulo. tapi semangat tu yang penting ,denge mu tau gapo dio mu nok dale hidup mu and make sure mu suko denge bendo mu buat tu."

*perbualan diolah 100% tapi isinya sama*

hah silent. sad music turns to faizal tahir song. dark black coffee turns to white sweet coffee.
yaaa! sekarang saya dah tau apa yang saya nak. maaf landscape architect. bukan saya nak curang dengan awak tapi saya lebih minat dengan bakery. yep, -BAKERY- fullstop.
family, kawan-kawan yang rapat mungkin tau minat ke-bakery-an saya ni.
dan yang paling best, saya dah ada business plan dengan beliau yang saya cerita kat atas tu. InsyaAllah balik Malaysia nanti saya jumpa dia.

so, saya nak share sikit dengan korang, ada bakat/ ada harapan tak saya nak maju cam beliau tu lepas tengok gambar kat bawah ni?






alaaa dah-dah cukup. banyak lagi gambar kek/ deserts tapi cukupla taknak menyeksa diri sendiri yang tengah lapar ni.*woi perut engkau boleh diam tak?* hermm siapa-siapa yang hebat dalam marketing planning/ advertising boleh la sharing-sharing k. sharing is caring kan. aihh rindu nya nak baking cake. rindunya rindunya rindunyaaaaaaaaa.
okay itu sahaja untuk sekarang. jadi, apa future planning awak semua? 


krokkrekkkrokkkk *bunyi perut*

3 comments:

Mastura Khalifa said...

kek yang kaler2 tu cam sedap jek..t ko dah balik jb watkan sket..hehe

Ayu Na said...

waahhh..sama la kita..hihi :P

penah planning nk brenti kerja, nk buat home tutor je..pastu nk bukak bakery shop coz i love baking cakes...

tp sebab pencen punye pasal, keje je la ngan gov..huhu~ sabo jeler..

elynnzainol said...

mas, datang laa umah.ke kau da pindah?

cik ayu na: buat la part time. ada extra income kannn ;D