Saturday, December 10, 2011

Fashion dan Trend

hai. happy weekend.

Alhamdulillah, im feeling better now. have a good meal and good sleep really heals me.
okay straight to the point. before that, pleaseeee do apologize me if my words hurts you or disappoint you. trust me, this is just an opinion and not to derogatory anyone.

FASHION dan TREND

perasan tak, sejak akhir-akhir ni baanyak sangat fashion masuk kat malaysia.(eh tetiba terswitch BM lak). yang saya mula perasan, lepas trend tudung bawal, masuk pulak shawl yang plain tu.alaa sekarang ni seploh ringgit je. tapi buleh dapat lagi murah kan. haha yaaa saya pun antara orang terawal yang terpengaruh dengan shawl plain tu. pantang pegi pkns/ DC( budak-budak uitm tau ni)/ jalan TAR, paling-paling koman, gua amik masa setengah jam belek-belek shawl tu. punya lama pikir nak beli warna apa, last-last tak beli pun. 

lepas kuar shawl plain, keluar pulak shawl yang corak-corak. macam-macam material, chiffon lah, cotton lah. haa yang perempuan sure jom heboh-heboh tau punyalah. time ni, gila jugaklah, pernah borong sampai bankrup sebab kemaruk punya pasal. last-last tak pakai pun. lepas tu keluar lagi dan lagi dan lagi sampailah kemunculan hana tajima. miahahah time ni dah tboleh tahap kemuncak la. start laaaa kemunculan tutorial-tutorial di youtube "how to wear hana tajima shawl style". hamik kau dari kanak-kanak sekolah rendah sampai ibu orang semua berebut-rebut nak buat tutorial. kehkeh maaflah kadang-kadang gua tengok jugak. ada boleh terima, ada yang kadang-kadang nonsense je style camtu.

baanyak sangat fashion dan trend baru muncul sampai gua tak terkejar. *apehal pulak brutal sangat gua-gua ni?* oklah iu hak masing-masing la kan korang nak ikut style terbaru ke apa ke. tapi yang tak menahan tu, jangan lah sampai menyeksa diri sebab nak bergaya punya pasal. tengah-tengah panas terik mentari bercahaya terang tu gak kau nak pakai shawl berbelit lima belas kali. dah berbelit tu, ada pulak make up kau tebal 15 inci siap ada eyeliner cair menampakkan seperti rockers sejati padahal tujuan asal nak jadi ayu dan jelita.

ada pulak tu, punya la nak stylo sampai aduhh selekeh la awak pakai macam tu. pakai elok-elok boleh tak? haa emo pulak ni. hihi sebenarnya entry ni untuk diri sendiri gak. selalu je pakai tudung lepastu keluar rambut kat tepi-tepi. menci tau, rambut ni tak bagi kerjasama dekat i. lepastu bukan setakat keluar rambut, anak tudung pun senget 45 darjah ke barat. eh?

ok lah dah habis bab tudung. fashion baju pun sama jugak. kengkadang tu kalau saya pergi shopping mall ke memana ke, saya pandang kiri kanan samaaaa je semua punya style. lepastu buat muka bangga dan jalan penuh confident sampai gua senyum dekat lu pun lu pandang sebelah bulu mata je. tau la i tak stylo macam youuu. sob sobb..lepastu kan sekarang kan tengah hot dengan korean style. nak cute-cute la konon kan. muka ganas ada parut, jalan kengkang, kaki macam pemain bola sepak tapi ada hati nak pakai leggings dengan dress corak bunga-bunga cinta pendek atas pung***g dengan contact lens big eyes, pipi sapu blusher warna pink walaupun kulit macam ala-ala barrack obama kasi nampak cute ala-ala lee ming ho. bila tegur elok-elok, cakap macam ni. "suka hati aku la, diri aku. kau nak sebok apsal?"

kesimpulan yang saya nak cakap ni, nak berpakaian, nak ikut peredahan masa punya trend, style tu terpulang la masing-masing. tapi kan besederhana tu lagi baik. biar diri selesa dan sedap je mata memandang, jangan terseksa merana semata-mata nak stylo sangat. trust me, kita semua ni dah cantik. tinggal nak asah perwatakan je untuk jadi lebih cantik. hahah hebat gila nak nasihat kat orang. 

panjang gila entry ni. mau masak nasi ayam pun lagi cepat daripada nak habiskan baca entry ni. ni ni ni. nini cekelat celup, celup2!! sedap gak makan benda tu. mana nak cari kat sini ehh.

sebelum berakhirnya entry ni marilah sama-sama kita merenung dan meghayati gambar di bawah. ada baiknya jikalau kalian yang sedang makan, berhenti dulu makan. pause jap. 





























*sumber pakcik google*

ok dah boleh sambung makan. tau dah ramai yang dah tengok gambar tu. saja je nak letak sini. kasi tak nampak serius sangat entry ni. haaa berkesan tak taktik ni? berkesan tak? sapa cakap tak, dia kentut busuk.(cis keji betul permainan kau ni.) sekali lagi, saya mohon ampun dan maaf sekiranya sesiapa terasa dengan entry ni. tiada niat apa-apa, hanya luahan  perasaan terpendam saja. watlek watpeace sudeyyyyy*

ok lah tu je, lain kali saya membebel lagi k. Salam ;)

1 comment:

iffah imani said...

muka ganas ada parut, jalan kengkang, kaki macam pemain bola sepak tapi ada hati nak pakai leggings dengan dress corak bunga-bunga cinta pendek atas pung***g dengan contact lens big eyes, pipi sapu blusher warna pink walaupun kulit macam ala-ala barrack obama kasi nampak cute ala-ala lee ming ho. bila tegur elok-elok, cakap macam ni. "suka hati aku la, diri aku. kau nak sebok apsal?"


hahahahaha lawak jer tapi hakikat nya itu....sokong awak...sederhana itukan lebih baik...