Tuesday, December 13, 2011

nak tips tak? nak tips tak??

Assalamualaikum.

alamak gua ni bab intro je mesti lemau. tak reti nak start camno. tak kira lah nak buat karangan ke, surat ke, assignment ke, even nak berbual pun gua lemah nak buat intro.miahaha. ok. tak perlu gelak macam tu. okkkkkay topik hari ni loose sikit la. tak mau la siryes je manjang entry kau. harini seperti biasa, rutin harian bangun pagi , gosok gigi, breakfast, bersiap-siap lalu meninggalkan guest house menuju ke office tercinta meredah snow dan angin yang kencang bukan sepoi-sepoi bahasa tanpa belas kasihan.

haha sebelumtu saja nak buat announcement. semalam first time dalam hidup pergi onsen dekat sini. onsen tu kolam air panas la, kalau dalam bahasa bugis, hot spring.tu pun sebab macam darurat je sebab shower kat rumah dah frozen. tak boleh guna. onsen kat jepang ni lain sikit sebab tak boleh pakai baju ye dalam kolam macam kat malaysia. dalam bahasa sanskrit, kena BO*EL. haha waduhhhhhhh hilang ilmu tengok benda-benda tu semalam. tapi tapi saya tau apa dalam fikiran korang semua. heyyy gua dapat kelulusan untuk berpakaian ok dalam tu semalam! errr errr berkemban. ok tutup cerita. jangan risau lah. onsen ni separate lelaki perempuan.tak tergamak gua nak berkemban kalau bercampur lelaki perempuan. 

wah dalam tak pandai buat intro, mau makan dua perenggan jugak mukadimah entry ni ye. ok lah hari ni saya rasa macam nak membebel pasal long-distance relationship. hahha jiwang kau jiwangggg. ermm amacam? awak semua percaya tak dengan hubungan macamni? saya tau, banyak yang cakap negatif berbanding positif kan? sebenarnya bagi saya, jauh ke dekat ke hubungan tu tak penting, yang penting, sejauh mana kita trust pasangan kita tu. 

ada je pasangan yang duduk sekampung, sebandar, siap sebelah rumah lagi tapi sempat lagi gf/bf tu pasang spare part lain. memang la boleh cakap selagi belum kahwin, boleh je nak pasang ramai-ramai sebab kita masih mencari yang sesuai. brader, what's the point lu macam tu? bagi saya, buat apa la bercinta, lepas tu putus, bercinta lagi dengan orang lain, putus lagi. buang masa la kot. kan? lebih baik awak stick je dengan seorang tu bila dah rasa sesuai. sebab tu, saya sangat selektif ye nak cari pasangan. sebab biar sekali je bercinta lepas tu sampai ke yang rasmi dan sampai ke akhir hayat. aminnnn. tapi yang paling penting, mak ayah biar tau. kalau mak ayah tak restu, takdenya nak sampai ke akhir hayat.

agak-agak macam dah lari topik je. haha ok back to long-distance relationship. nak tips tak? nah amik ni. cilok dari mana entah. hehe 

  • Percaya pada pasangan 
  • Setia walaupun jauh
  • Berjumpalah walaupun seketika
  • Tanyalah khabar
  • Sambut hari ulang tahun bersama
  • Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah


malas la nak elaborate satu-satu. setiap point tu dah jelas dan nyata dah kan? :D try la ikut step tu InsyaAllah ok. bergaduh tu biasa la. gaduh-gaduh manja je kan, lepastu dah ok balik.(kahkahh refer kepada diri sendiri). ok ye masih ditahap kegelian dengan diri sendiri sebab menerbitkan entry yang jiwanggwangwanggg. what's the point? jawapannya- bosan. oh weekend hari tu saya sempat shopshopppshopppinggg. sempat grab muffler lalu menjadikannya sehelai tudung. taktahan cantik sangat lantas menutup sebelah mata lepas tengok harga, lepastu time nak bayar terketa-ketar je nak hulur duit. ceit.

ni ha.




seee very the loikeeeeeeeee dengan multipurpose muffler nehh. abaikan pose majalah harmoni tu.

ok tu saja. tak sabar nak tunggu weekend. nak melantak seafood sampai perut meletopppp. 

jumpa lagi ^.^v

No comments: