Tuesday, October 9, 2012

untuk yang ke-23.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menulis di sini walaupun banyak entry terbengkalai dalam draft tu.  Sekali lagi bersyukur kepada Allah untuk ke 23 tahun ni (28 sept). 23 tahun tu nampak macam kecik je angka tapi sebenarnya banyak pengalaman and pengajaran yang saya dapat. Pahit, manis, susah, senang, semua la saya dah rasa walaupun baaanyak lagi yang belum saya teroka dalam hidup ni.

mana kasut saya cik yen? 

Berjaya menamatkan pelajaran di usia 23 tanpa sangkut apa-apa paper. Alhamdulillah and InsyaAllah 27 november ni akan sarung jubah konvo dan naik stage Dewan Agung Tun(ke Timbalan ke ape..? hehe lupa) Canseleri untuk Kelas Kedua Tertinggi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senibina Landskap.

Walaupun kelas kedua tertinggi, itu sudah ok sebab kat Malaysia ni boleh kira dengan jari je berapa orang yang grad degree kelas pertama untuk course ni. Tak senang ok.So, cukup-cukuplah cakap kami ni kerja nanti tanam pokok kat tepi jalan je. Jangan cakap apa-apa kalau tak tahu apa sebenarnya yang profession kami buat.

Syukur dikurniakan kawan-kawan yang ada di setiap naik dan turun. 4 tahun bersama, siang dan malam bukanlah satu waktu yang singkat. InsyaAllah sahabat selamanya ye kawan-kawanku sekelian.. *hugsss*

pre-graduation night

event apa ni eh? tak ingat. but we won!

selamba je kite. belum submit board, dah bersuka riaan kan?
hehe kak fatinn nape buat muka comell

bulattt muka kite.

mintak restu sifu-sifu


le boarde

Masih lagi tak mendapat pekerjaan yang dihajati buat masa ni. Mungkin rezeki lambat Allah nak bagi. Takpe, Allah nak uji sebenarnya. nak tengok sejauh mana usaha kita.

Tapi banyak jugak sebenarnya achievement untuk diri sendiri. Seperti yang lepas, tawaran ke Jepun dan InsyaAllah lagi 2 minggu, ke Shanghai pulak :)) (tapi tak prepare apa2 pongg lagi).

and and anddddd terpaling penting sebenarnya, perubahan diri sendiri.


huhuhu untuk ke 23 tahun, banyak target yang nak dicapai sebelum 24. dan sebelum 24, saya nak at least ada aset sendiri gunakan duit sendiri dan ada permanent job dah. dan untuk ke 25 tahun insyaAllah akan cuba tamatkan status sekarang ni. (malunya..). tapi itu semua kita hanya mampu merancang dan berusaha. Selebihnya kerja Allah.

sekali lagi, doakan yang baik-baik saja ya?

....wasalam....


p/s: pening pikir baju untuk konvo nanti.hihi perempuan memang macam ni :)

Thanks for reading.




4 comments:

Citrus Azwa said...

time studylah plg bnyk memori indah..same with me..;)
http://garapankenangan.blogspot.com/

elynnzainol said...

kannn :)

ATHRHB said...

hai kakak super senior. kita baru diploma. haha. yes.. orang kat luar should shut their mouth and stop thinking bdk landscape ni just tanam pokok. ish2 geram geram. haha. akak p shanghai buat apa? working ke?

elynnzainol said...

ahaa hai haii. owh yeke? dip seri iskandar? part berapa dah? ermm kannnn tapi takpe laa. as long as kita tau nak jawab macamne bile diorg cakap camtu dah good enough. pergi sana join IFLA. :)