Friday, October 12, 2012

berantakan hati.

Assalamualaikum.




Baru beberapa hari yang lalu, aku berkongsi kegembiraan hati. Tapi benar kata orang, hidup tak selalunya indah. Bahagia tak selamanya kan dapat. Kali ini, aku sedar. Tak semua orang sukakan kita, tak semua orang sayangkan kita. Walaupun, orang tu dekat dengan kita. Ya, aku melalui hari-hari yang sukar sejak akhir-akhir ni. Dapat aku rasa, semua orang dalam dunia ni, bencikan aku.Semua.

Kau mungkin kata aku terlebih emosi, kau mungkin kata aku terlalu ikutkan hati. Tapi tak. Zahirnya aku mungkin nampak okay, batin aku hanya aku yang rasa. Keluar bilik saja aku sudah dapat rasakan pandangan jelik dari mata-mata yang dekat.

Ya Allah rapuhnya hati aku.. kadang kala malu aku dengan Mu Tuhan. hanya ingat kamu dalam dukaku. Semua ruangan sosial sudahku hapuskan. Biarlah orang tak dapat jejak kat mana aku berada. Biar, aku perlukan sedikit ketenangan. Berhabis air mata siang malam, tapi seorang pun tiada yang tahu. Hidup bagai roda, kadangkala di atas, ada masanya di bawah dan ketika ini, aku berada di pelusuk paling bawah.

Penat aku menahan hati dan kesepian sendiri, benar. Aku kurang kasih sayang kala ini. Dituduh itu dan ini, ditekan, adakah aku benar-benar menyusahkan hidup kalian? Aku sedar, aku hanya menumpang. Kadang-kadang terlintas si hati nak melarikan diri. melarikan diri tanpa seorang pun dapat mengesan kaki aku. Tapi aku sedar, ikut hati bawa mati. Mujur, berbekal sedikit iman dan akal yang waras aku masih mampu menahan hasutan syaitan.

Ya Rabb, hanya Kau yang sentiasa di sisiku saat tiada manusia yang inginkan aku. Biarlah.. biarkan aku habiskan sisa-sisa air mata ini andai hanya ini yang mampu tenangkan jiwaku. Biarkan... Ya Rahman, ampuni segala dosaku. Tabahkan imanku Ya Allah. meskiku rapuh dalam langkah. Kadang tak setia kepada Mu. Namun cinta dalam jiwa hanyalah pada Mu. Maafkanku.

Dalam sedar aku tertanya mengapa aku diuji sebegini. Disisihkan insan-insan terdekat. Apa salahku, apa khilafku, apa yang kalian mahukan dariku? Aku sedar, aku tak sempurna seperti yang lain. Aku tak secantik yang lain, aku tak sehebat yang lain. Aku tak sebijak yang lain. Segala-galanya aku kurang daripada yang lain. Aku sedar......

Kadang-kadang, hanya sahabat tertentu yang ada kala aku perlukan seseorang ketika begini. Hati, janganlah kamu luka lagi. Aku masih perlukan kamu. Hati, janganlah kamu terhiris lagi. Sembuhkan la lukamu. Aku perlukan diriku yang sebelum ini. Ini, ini......ini bukan diriku.

Benar, hidup jangan terlalu gembira, kelak kamu sendiri yang berduka. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMU. Dalam dada ku harap hanya diriMU yang bertakhta, Ya Allah.





Wasalam...

2 comments:

Amelia Hanim said...

sabar elyn...ade hikmah di sebalik ape yg berlaku..

aisyah lola cham said...

done follow your blog