Saturday, November 19, 2011

the great 2 months-part 2

morning all.


mulai hari ni, 'aku' akan ditukar dengan 'saya'. kan lebih ayu.(hakhakk lempang diri sendiri).


huhh pagi-pagi main badminton memang refresh kan?
Okay, pagi ni dengan semangat berkobar-kobar nak update blog. (biasalah awal-awal memang semangat nak update segala kan?)

jom sambung cerita 'dua bulan yang hebat' ni.


sepanjang dua bulan berpraktikal kat sini, saya (and of course with my partner) banyak didedahkan dengan skop luar kerja 'landscape architecture'. we have to meet all the clients, directors, owner, city hall peoples, visiting sites, lectures, public participation and much more to say lah. tapi tapi tapi..... saya tak nak bercerita pasal kerja boleh kan? bukan apa, saya tak boleh lagi nak berkongsi /publish semua skop kerja kat sini selagi belum dibentangkan depan department nanti. my lecturer want us to keep it as a secret first before we present it. oh kalau nak tau, InsyaAllah saya dan partner akan sharing/ presentation depan semua student department nanti lepas balik Malaysia. doakan yang terbaik ya!

 lets see rough scenes of what i've been through on these two months.

baked bread+ ice cream cheese+dried tomatoes+cheese= just a perfect desert!

shimukappu?

Sapporo view, people!

random winter view at Tokachi Millennium Forest




haruslaa bermaaf maafan di pagi raya haji kan?





last....




last..





























last..




saya pun nak inter frame jugak! - Moerenium Park,Sapporo

eh belum habis lagi...........












..............................

...................

















.........................

its winter baby!!

okay, jumpa lagi! 
p/s: rindu la nasi miyak ayam pedas mama :(



Friday, November 18, 2011

ANDA MEMANG COOL!

Assalamualaikum,

 Bangun pagi-pagi hari ini sambil menggigil kesejukan. maklumlah suhu memang dah drop habis dah sekarang. Gosok gigi sahaja tanpa perlu mandi, (badan masih wangi ya musim-musim sejuk ni). terus ambil mug, buat secawan Milo+ nestum panas smbil duduk di kerusi tepi sliding door menghadap sunlight memang pergggghh lah. hari ini mood baik. pergi office seawal pagi buka laptop dan maklumlah orang jakun baru nak 'naik' ada blog. buka-buka je.....jeng jeng....

cool tak cool blogger cantik jelita mengancam awesome follow! haha follower pertama kot! memang bersemangat la eden nak berblog pasnih. siapa tak kenal gadis ni memang nak kena lempang lajulaju.
AMOI HEAXA follow lah! nah bukti beliau follower pertama;
 nah, pegi link beliau sekarang cuci mata tengok gadis cantik! http://miniheaxabell.blogspot.com/.
ok itu saja. nak pergi meeting! jumpa lagi :)
p/s: tenkiu cik amoi! ANDA MEMANG COOL!

Thursday, November 17, 2011

the great TWO months!

Assalamualaikum.

fuhh fuhhh ada blog rupanya aku ni. mana taknya, orang nak buat blog, kau pun sibuk nak berblog jugak. sudahnya, emel sendiri pun kau lupa. (entah apa-apa merapu). dushhh kat muka sendiri. ermm apa nk letak eh. oklah, mood 'jepang' dah mari. maklumlaa salji dah turun. jadi, jomlah baca cerita aku kat sini selama 2 bulan kat sini. zassssss~

bulan 1-
yeahh Alhamdulillah sampai juga aku kat negara penjajah ni-japan. Oh sebelum aku pergi lagi jauh. kau orang mesti nak tau apa sebab aku sampai sini kan? (cehh kauu oranggg??sapa kau orang tu?-perasan lebih ada orang baca blog ni-maafkan diri sendiri).okay2 aku ke sini bukan untuk sambung belajar apalagi untuk melancong. aku jejak kaki kat Japan ni pun sebab rezeki tuhan nak bagi- dapat buat internship selama 4 bulan .Insyaallah hujung bulan Jan tahun dpn dptla aku merasa masakan mama aku balik. yippii

Alaa aku masih dalam mood jakun nk berblog la. karang tulisan panjang berjela, bosan pulak. kau orang layan la gambar-gambar kat bawah ni. err kejap. kau orang??










ahh malas la nak tulis caption gambar-gambar kat atas ni. takpa kan? ;p
banyak benda la jugak yang aku belajar dalam dua bulan ni. belajar hidup jauh dengan orang-orang kesayangan. oit rindu tu tak payah cakap laa. aku sangat rindu dengan orang-orang di Malaysia. Terutamanya tu- encik tu. oh tu sajalah masalah utama aku -rindu-. apa-apa pun , InsyaAllah lagi dua bulan aku di sini. doakan semuanya selamat ya. nak tau siapa aku? nah setepek gambar untuk kau orang. (lagi!)




































































ok memang entah apa-apa entry ni. saja mengisi masa lapang di office. ya, hari ni takde kerja ok! jumpa lagi. :)