Friday, October 12, 2012

berantakan hati.

Assalamualaikum.




Baru beberapa hari yang lalu, aku berkongsi kegembiraan hati. Tapi benar kata orang, hidup tak selalunya indah. Bahagia tak selamanya kan dapat. Kali ini, aku sedar. Tak semua orang sukakan kita, tak semua orang sayangkan kita. Walaupun, orang tu dekat dengan kita. Ya, aku melalui hari-hari yang sukar sejak akhir-akhir ni. Dapat aku rasa, semua orang dalam dunia ni, bencikan aku.Semua.

Kau mungkin kata aku terlebih emosi, kau mungkin kata aku terlalu ikutkan hati. Tapi tak. Zahirnya aku mungkin nampak okay, batin aku hanya aku yang rasa. Keluar bilik saja aku sudah dapat rasakan pandangan jelik dari mata-mata yang dekat.

Ya Allah rapuhnya hati aku.. kadang kala malu aku dengan Mu Tuhan. hanya ingat kamu dalam dukaku. Semua ruangan sosial sudahku hapuskan. Biarlah orang tak dapat jejak kat mana aku berada. Biar, aku perlukan sedikit ketenangan. Berhabis air mata siang malam, tapi seorang pun tiada yang tahu. Hidup bagai roda, kadangkala di atas, ada masanya di bawah dan ketika ini, aku berada di pelusuk paling bawah.

Penat aku menahan hati dan kesepian sendiri, benar. Aku kurang kasih sayang kala ini. Dituduh itu dan ini, ditekan, adakah aku benar-benar menyusahkan hidup kalian? Aku sedar, aku hanya menumpang. Kadang-kadang terlintas si hati nak melarikan diri. melarikan diri tanpa seorang pun dapat mengesan kaki aku. Tapi aku sedar, ikut hati bawa mati. Mujur, berbekal sedikit iman dan akal yang waras aku masih mampu menahan hasutan syaitan.

Ya Rabb, hanya Kau yang sentiasa di sisiku saat tiada manusia yang inginkan aku. Biarlah.. biarkan aku habiskan sisa-sisa air mata ini andai hanya ini yang mampu tenangkan jiwaku. Biarkan... Ya Rahman, ampuni segala dosaku. Tabahkan imanku Ya Allah. meskiku rapuh dalam langkah. Kadang tak setia kepada Mu. Namun cinta dalam jiwa hanyalah pada Mu. Maafkanku.

Dalam sedar aku tertanya mengapa aku diuji sebegini. Disisihkan insan-insan terdekat. Apa salahku, apa khilafku, apa yang kalian mahukan dariku? Aku sedar, aku tak sempurna seperti yang lain. Aku tak secantik yang lain, aku tak sehebat yang lain. Aku tak sebijak yang lain. Segala-galanya aku kurang daripada yang lain. Aku sedar......

Kadang-kadang, hanya sahabat tertentu yang ada kala aku perlukan seseorang ketika begini. Hati, janganlah kamu luka lagi. Aku masih perlukan kamu. Hati, janganlah kamu terhiris lagi. Sembuhkan la lukamu. Aku perlukan diriku yang sebelum ini. Ini, ini......ini bukan diriku.

Benar, hidup jangan terlalu gembira, kelak kamu sendiri yang berduka. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMU. Dalam dada ku harap hanya diriMU yang bertakhta, Ya Allah.





Wasalam...

Tuesday, October 9, 2012

untuk yang ke-23.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menulis di sini walaupun banyak entry terbengkalai dalam draft tu.  Sekali lagi bersyukur kepada Allah untuk ke 23 tahun ni (28 sept). 23 tahun tu nampak macam kecik je angka tapi sebenarnya banyak pengalaman and pengajaran yang saya dapat. Pahit, manis, susah, senang, semua la saya dah rasa walaupun baaanyak lagi yang belum saya teroka dalam hidup ni.

mana kasut saya cik yen? 

Berjaya menamatkan pelajaran di usia 23 tanpa sangkut apa-apa paper. Alhamdulillah and InsyaAllah 27 november ni akan sarung jubah konvo dan naik stage Dewan Agung Tun(ke Timbalan ke ape..? hehe lupa) Canseleri untuk Kelas Kedua Tertinggi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senibina Landskap.

Walaupun kelas kedua tertinggi, itu sudah ok sebab kat Malaysia ni boleh kira dengan jari je berapa orang yang grad degree kelas pertama untuk course ni. Tak senang ok.So, cukup-cukuplah cakap kami ni kerja nanti tanam pokok kat tepi jalan je. Jangan cakap apa-apa kalau tak tahu apa sebenarnya yang profession kami buat.

Syukur dikurniakan kawan-kawan yang ada di setiap naik dan turun. 4 tahun bersama, siang dan malam bukanlah satu waktu yang singkat. InsyaAllah sahabat selamanya ye kawan-kawanku sekelian.. *hugsss*

pre-graduation night

event apa ni eh? tak ingat. but we won!

selamba je kite. belum submit board, dah bersuka riaan kan?
hehe kak fatinn nape buat muka comell

bulattt muka kite.

mintak restu sifu-sifu


le boarde

Masih lagi tak mendapat pekerjaan yang dihajati buat masa ni. Mungkin rezeki lambat Allah nak bagi. Takpe, Allah nak uji sebenarnya. nak tengok sejauh mana usaha kita.

Tapi banyak jugak sebenarnya achievement untuk diri sendiri. Seperti yang lepas, tawaran ke Jepun dan InsyaAllah lagi 2 minggu, ke Shanghai pulak :)) (tapi tak prepare apa2 pongg lagi).

and and anddddd terpaling penting sebenarnya, perubahan diri sendiri.


huhuhu untuk ke 23 tahun, banyak target yang nak dicapai sebelum 24. dan sebelum 24, saya nak at least ada aset sendiri gunakan duit sendiri dan ada permanent job dah. dan untuk ke 25 tahun insyaAllah akan cuba tamatkan status sekarang ni. (malunya..). tapi itu semua kita hanya mampu merancang dan berusaha. Selebihnya kerja Allah.

sekali lagi, doakan yang baik-baik saja ya?

....wasalam....


p/s: pening pikir baju untuk konvo nanti.hihi perempuan memang macam ni :)

Thanks for reading.




Saturday, September 8, 2012

sooo long. ;)

Hai Assalamualaikum..


I am currently building up my career.

Wish me good luck dear friends :D




The latest me:

and selamat hari raya from me and beloved aunt: Cik Niah :)


till then :)




Tuesday, June 5, 2012

critical.

hi Assalamualaikum.

owhhh its been a critical week, critical month!
to balance up between thesis, studio work, tender, tests, blabla.... is a real KILLER!
Alhamdulillah it's still going well at this stage. ermm ermm Insyaallah less than a month to go.
busyyyy busyyyyy busyyyyyyyyyyyyyyyyy. oh my.

look at the dark circles!! -_-


p/s: Alhamdulillah. da ada offer lepas habis study. semoga dipermudahkan segalanya. aminn Syukran Allah.


~sambung buat skeches~

Sunday, April 22, 2012

Rahsia Allah

"Ikhlas adalah rahsia Allah di dalam hati. Ia sukar dimiliki, juga sukar dijaga."





Ikhlaskanlah hati dalam apa jua perbuatan, persahabatan, pemikiran dan percakapan. Orang lain tak perlu tahu keihlasan hati kita kerana Allah Maha Mengetahui. MasyaAllah.


:)

Saturday, April 14, 2012

challenge!

I AM ONLY ONE
AND STILL I AM ONE
I CANNOT DO EVERYTHING
BUT STILL I CAN DO SOMETHING
AND BECAUSE I CANNOT DO EVERYTHING
I WILL NOT REFUSE TO DO THE SOMETHING I CAN DO




Menjadi pelajar tahun akhir Senibina Landskap bukan mudah. Ya, dihentam dan ditembak kiri dan kanan bertubi-tubi oleh pensyarah adalah perkara yang biasa dan normal. Ditangguh sebentar kerja yang sedikit, pasti diakhiri dengan kerja yang sepuluh kali ganda menimbun. Perkataan 'stress' and 'tension' seperti sudah menjadi perkataan yang rasmi dan pasti lali didengar, tak kurang juga saya. Ditambah lagi dengan masalah kewangan yang pasti menjadi punca stress berada di-level tertinggi. (menyesal saya memilih sistem pinjaman kerajaan yg semakin lama semakin **doh sistemnya). kalau tahu, dulu lagi saya minta biasiswa swasta/ kerajaan yang berlambak-lambak ada kat Malaysia ni. kalaulah...
                  "kalau....."


ermm perkataan 'kalau' ni jangan dibuat main orang kata. Boleh membawa kepada murtad. seperti menidakkan qada' dan qadar Tuhan. Astaghfirullahazim..... istighfar sebentar saya dengan keluhan diri sendiri. Setiap hari dibuka, ditutup balik butter pad (student architecture, art mesti tau fungsi butter pad ni untuk apa). direnung, ditatap seminit, dua minit, sejam, dan tutup semula tanpa ada sedikit pun contengan/ lakaran idea baru untuk projek tahun akhir ni. arghhhhhhhhhhhh........ stress!
2 bulan dari sekarang. tinggal DUA bulan dari sekarang untuk saya siapkan segala proposal untuk dimasukkan di dalam final board. Board pertama masih kosong. arghh lagi..
keluhan demi keluhan setiap minit, hari dan masa. Astaghfirullahazim..
kring.kring........ (bunyi tipikal deringan telefon)


Hello 


Hello, ha Elin. buat apa tu. tensen ke? kenapa ni..


err... hehe


Laa apala. biasala tu student. mesti banyak kerja, assignment. lagi-lagi final student. alaa sikit je lagi. lepasatu dah grad kan


Hehe okay


Alaa dah-dah la tu stress. mama ada ni. selalu doakan anak mama. kalau stress sangat, pergi baca al-Quran, solat sunat. tenang sikit hati tu.


Okay mama.


Buat kerja pelan-pelan okay? mama tau anak mama ni boleh. you can do it!


thank you mama.


okay, take care. jangan tension tension.


ok mama. Love you................





Setiitk, dua titik air mata jatuh. Ya Allah kuat nya kasih sayang seorang ibu. 
berhenti sebentar menunaikan kewajipan muslimin...
Berbekalkan sedikit keazaman dan kata-kata perangsang daripada orang sekeliling, hidup mesti diteruskan. Bebelan dan tembakan yang diterima bukan lah untuk menjatuhkan, tetapi sebagai kata-kata penaik untuk menjadi yang terbaik untuk masa depan. Ini cabaran, bukan tekanan! Khas untuk rakan-rakan 8 kental, we can do it guys! Anggaplah segala kekangan masa, kewangan, dll sebagai batu loncatan kita untuk GRADUATE! Jadilah sahabat yang mendorong ke hadapan, bukan sahabat yang menolak ke kegelapan.
Sebagai bekalan diri sendiri,

I WILL NOT REFUSE TO DO THE SOMETHING I CAN DO!

Entry ini dibuat khas untuk kalian. :))




                                     P/S : Tq kepada owner gambar. and sorry takda gambar latest.semua muka muda remaja je

Challenge? Ya

Saturday, April 7, 2012

come back.

ASSALAMUALAIKUM.

wallahh finally masuk jugak entry baru. haha berhabuk berkulat semua ada kat sini. balik dari jepang haritu banyak sangat nak cerita. tapi halfway sajalah. balik2, masuk draft.

feuhhh final semester. sekarang baru saya tau macamana rasa jadi final semester student. everything kelam kabut. hari-hari rasa penat, stress, mengantuk. kena balance design dengan thesis, this is the real challenge! err ehem saya sure semua pun tak suka cerita pasal study kan?

okay.........balik semula cerita balik dari jepang dulu (3 bulan lepas kot?). ermm...semua orang pun lah cakap 

"peh, gemuk kau sekarang. kau makan ape kat sana?"  tak pun...

"berisi nye elynn balik dari sana. happy kot duk sana?"

paling best..

" woit elin, kau pegi gym eh lengan kau jadi camni?"

this is people...... kalau kurus pun tanya, kalau gemuk pun nak tegur. concern betul u'ols kat i kan? ;p

err actually saya tengah serabut buat final project tengah2 malam ni, tiba-tiba rindu pulak sejuk2 kat Hokkaido sana tu. sekarang rasanya dah start cair kot snow tu kan? just to remind me back and to share with you guys. my very precious final moment there ;(




hihihi kawaiii





on top of a mountain







cantik kan?








a park at Sapporo.















ohh missing to shop here :(









Hokkaido Uni.







still- Hokkaido University







Malaysian student kat sana. baik gilos diorang neh





night







ohh rindu la pulakkk kat sana kann.  eh, im still with the red  beg! ohh semua gambar kat atas tu time winter holiday. stay kat rumah one of the malaysian student kat sana.  hey guys, are you reading this now?
JUST WANT TO SAY THANK YOU A LOT!!


okay2 gambar last sebelum sambung buat thesis


.


.




.





.





.




















.









.

this is the latest me! say hi to cik abg kat belakang.sebuk buat ape entah. <3 <3 !





okay till then okay? not going to promise anything for the next update :(


night :)



p/s: kenapa entry malam ni rojak habis bahasa. tak bagusss. tak bagusss. adik-adik jangan ikut kakak ye?

Friday, January 13, 2012

..............2012..............





...........................


HELLO 2012!


............................


-nakbuatbelogjugak.blogspot.com is now under construction-

will be back soon


 :)