hai and assalamualaikum,
haih, cuaca sejuk-sejuk sunyi sepi suram macam ni memang lah kan. memang mengundang saya teringatkan malaysia. hari-hari belek kalender, hari-hari hitung hari bila laaaaaaaaa boleh balik ni. mesti awak semua ckp
"elehh setakat praktikal 4 bulan lebih je pun, dah bising-bising homesick bagai"
ok, diulang semula, saya praktikal ye di sini. P R A K T I K A L. dan situasi saya memang sangat berbeza dengan student yang sambung belajar oversea. bayangkan lah, saya BERDUA saja dengan partner saya lagi sorang kat sini. cuba compare dengan student yang memang study kat sini, diorang ada komuniti, ada persatuan pelajar malaysia yang boleh kumpul bila-bila je nak, tau nak communicate dalam bahasa jepang dengan orang sini, tau nak cari kedai makanan halal,blablabla..........
ni saya dan kawan saya berduaaa je ke mana-mana. nak cakap BM pun berdua jelah. lagi satu yang tak berapa bestnya, saya di 'farming village' ya, bukan di tengah-tengah bandar jepang nih. dan tu lah jadi sebab musabab saya ni asik ingatkan malaysia je. tapi takpe, tak lama je lagi. nasib baik ada line internet, buleh jugaklah den contact kengkawan den tuh.
dan seperti awak semua tau, makanan halal memang susah sangat nak jumpa.ye la, mana boleh engkau mentekadarah je semua benda yang nampak sedap. so, makanan hari-hari kat sini sayur.................sayur...............sayur............................kengkadang je dapat makan seafood. muka pun dah macam sayur dah.
dan kat kepala
hotak ni dah list dah macam-macam benda yang nak makan dan nak buat bila balik sana. oh kepada raka-rakan taulan, ahli keluarga dan encik ehem2, sila ambil perhatian ye. sekali lagi, SILA AMBIL PERHATIAN. berikut disenaraikan perkara-perkara dan makanan yang bakal saya mentekedarah di bila balik nanti.
FOODS yang bakal dibedal:
1)AYAM : bukan ayam hidup-hidup, tapi segala bentuk makanan yang dimasak menggunakan ayam. hahaha ye, saya memang suka makan ayam. rasa sadis dan pilu je tak tak dapat makan ayam hari-hari.
|
haaa ni paling tak boleh blah. masakan mak memang terpaling sedap dalam dunia kan? mamaaaa i want this!! (nasi minyak ayam pedas mama- all time fav) |
|
|
|
semua fastfood yang jual ayam nak.mc'd,kf,kennyrogers,semualah.ayam goreng pasarmalam pun nak |
|
yang ni paling menguji. ni untuk perhatian abang yang duk dekat2 kajang tu. nak sate kajang ok! | |
|
semua gambar curi daripada pakcik google. terima kasih pakcik.
|
menu-menu breakfast seperti di atas sangat la syurga kannn (lap air liur meleleh) |
semua gambar curi daripada pakcik google. terima kasih pakcik.
3)Minum petang sambil-sambil tengok sinetron/ rajalawak ulangan ke lapan puluh satu/ spongebob squarepants memang syok kan? lagi- lagi kalau minum petang dengan kesayangan. lagi masyuk.
|
keropok lekor, pisang goreng ni memang tekak orang melayu punya feveret la kan. |
|
|
|
|
semua gambar curi daripada pakcik google. terima kasih pakcik.
p/s: kepada encik ehem2, petang-petang dating makan ni sedap kan smbil layan angin sepoi-sepoi bahasa tepi laut.hehehe(dushh kat muka. gediknya kau nyah)
haaa amacam? leleh tak meleleh tengok makanan-makanan ni kan? awak semua yang dekat malaysia tu, hargai lah diri sebagai seorang rakyat malaysia. kat tempat orang susah tau nak dapat semua tu.
Aktiviti-aktiviti yang akan dipaksa untuk join sekali.:
1)
menonton wayang. layan movie dengan kesayangan sambil makan caramel popcorn memang syok kan?dah la tahun depan banyak movie keluar kan? sian kat saya kan?nak tengok wayang pun susah kat sini. (banyaknya kan) :( attention to encik ehem2, kita marathon movie nanti k? saya tak peduli, awak belanja. habis tengok movie, makan aiskrim pulak k? ;p
2)
karaoke. haa yang ini khas untuk studiomates saya yang gila kan karaoke. nanti kita layan duaploh lagu sorang tanpa henti.amacam? dare? ok yang ni attention to kaki karok :
yantijamal, amyrasazali,atenshafari, ashikinnasa, surayaidilfitri, aisyahazmi, firdausyusoff. i don' care. anda-anda dikehendaki melayan kehendak saya tanpa bantahan.deal? i love you lah guys.
3)
shoppping/ window shopping pun okay. yang ni untuk bonda kesayangan, adik, dan kakak-kakak yang disayangi.lepas shopping, makan. pehh seriously, tak sempurna hidup tak berpeleseran dengan kalian.
semua pun nak!!!cess, tak sedar diri nak berhibur je padahal tahun depan semester akhir dengan thesis+design+tenderdocument bagai. takpe lah, sekali sekala kita kena chillkan diri sendiri kan? ok lah, tu saja yang sempat fikir keinginan yang membuak-buak di dada ni. lain kali saya list lagi.hahahhaha
till then :)