Tuesday, December 20, 2011

Lost.

Another couple weeks to go.
but, I feel lost.

I don't know.

I just, totally LOST and BLANK.


Sunday, December 18, 2011

yuyu zulaikha add gua. ;D

Hai, Assalamualaikum :)

how's your weekend guys?
mine was sooooo great!
ahahh and the climax of my weekend is .........


YUYU ZULAIKHA add me on facebook y'alls! ;p

nah,

look. haha thank you darling! ;)

before her, another two famous bloggers on my list : ayeem ayam, lyana hisyam. sure you know them. i know that is not a thing that can be proud of. tapi, kau hado?? siapa tak kenal yuyu meh i lempang empat ploh empat kali tanpa belas kasihan. cepat terjah beliau kat sini. budakkecitsupercute.
want to know my weekend activities? follow me on next entry ;p

Wednesday, December 14, 2011

wordless Wednesday 2










thank you awak. :)

Tuesday, December 13, 2011

nak tips tak? nak tips tak??

Assalamualaikum.

alamak gua ni bab intro je mesti lemau. tak reti nak start camno. tak kira lah nak buat karangan ke, surat ke, assignment ke, even nak berbual pun gua lemah nak buat intro.miahaha. ok. tak perlu gelak macam tu. okkkkkay topik hari ni loose sikit la. tak mau la siryes je manjang entry kau. harini seperti biasa, rutin harian bangun pagi , gosok gigi, breakfast, bersiap-siap lalu meninggalkan guest house menuju ke office tercinta meredah snow dan angin yang kencang bukan sepoi-sepoi bahasa tanpa belas kasihan.

haha sebelumtu saja nak buat announcement. semalam first time dalam hidup pergi onsen dekat sini. onsen tu kolam air panas la, kalau dalam bahasa bugis, hot spring.tu pun sebab macam darurat je sebab shower kat rumah dah frozen. tak boleh guna. onsen kat jepang ni lain sikit sebab tak boleh pakai baju ye dalam kolam macam kat malaysia. dalam bahasa sanskrit, kena BO*EL. haha waduhhhhhhh hilang ilmu tengok benda-benda tu semalam. tapi tapi saya tau apa dalam fikiran korang semua. heyyy gua dapat kelulusan untuk berpakaian ok dalam tu semalam! errr errr berkemban. ok tutup cerita. jangan risau lah. onsen ni separate lelaki perempuan.tak tergamak gua nak berkemban kalau bercampur lelaki perempuan. 

wah dalam tak pandai buat intro, mau makan dua perenggan jugak mukadimah entry ni ye. ok lah hari ni saya rasa macam nak membebel pasal long-distance relationship. hahha jiwang kau jiwangggg. ermm amacam? awak semua percaya tak dengan hubungan macamni? saya tau, banyak yang cakap negatif berbanding positif kan? sebenarnya bagi saya, jauh ke dekat ke hubungan tu tak penting, yang penting, sejauh mana kita trust pasangan kita tu. 

ada je pasangan yang duduk sekampung, sebandar, siap sebelah rumah lagi tapi sempat lagi gf/bf tu pasang spare part lain. memang la boleh cakap selagi belum kahwin, boleh je nak pasang ramai-ramai sebab kita masih mencari yang sesuai. brader, what's the point lu macam tu? bagi saya, buat apa la bercinta, lepas tu putus, bercinta lagi dengan orang lain, putus lagi. buang masa la kot. kan? lebih baik awak stick je dengan seorang tu bila dah rasa sesuai. sebab tu, saya sangat selektif ye nak cari pasangan. sebab biar sekali je bercinta lepas tu sampai ke yang rasmi dan sampai ke akhir hayat. aminnnn. tapi yang paling penting, mak ayah biar tau. kalau mak ayah tak restu, takdenya nak sampai ke akhir hayat.

agak-agak macam dah lari topik je. haha ok back to long-distance relationship. nak tips tak? nah amik ni. cilok dari mana entah. hehe 

  • Percaya pada pasangan 
  • Setia walaupun jauh
  • Berjumpalah walaupun seketika
  • Tanyalah khabar
  • Sambut hari ulang tahun bersama
  • Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah


malas la nak elaborate satu-satu. setiap point tu dah jelas dan nyata dah kan? :D try la ikut step tu InsyaAllah ok. bergaduh tu biasa la. gaduh-gaduh manja je kan, lepastu dah ok balik.(kahkahh refer kepada diri sendiri). ok ye masih ditahap kegelian dengan diri sendiri sebab menerbitkan entry yang jiwanggwangwanggg. what's the point? jawapannya- bosan. oh weekend hari tu saya sempat shopshopppshopppinggg. sempat grab muffler lalu menjadikannya sehelai tudung. taktahan cantik sangat lantas menutup sebelah mata lepas tengok harga, lepastu time nak bayar terketa-ketar je nak hulur duit. ceit.

ni ha.




seee very the loikeeeeeeeee dengan multipurpose muffler nehh. abaikan pose majalah harmoni tu.

ok tu saja. tak sabar nak tunggu weekend. nak melantak seafood sampai perut meletopppp. 

jumpa lagi ^.^v

Sunday, December 11, 2011

ni memang lawak

hai 

they are reallllllly made my dayyyyyyyyyyyyyyyyyy

lawak gila antarabangsa seantero dunia gila babas.

tengok juta-juta kali pon boleh gelak sampai nak terputus urat kentut.

hahahhaa i knowww i knowwww i ketinggalan, but who care? hahah nak gelak lagi. 

 

ayat favorite : " sebenarnya mak mah pun rockers jugee. dah hujung-hujung baru dikesan bakatnyee."
" kenapa bandi modified mulutnyeee."
"kenapa taknak gigit rempeyek dengan tumpi mak mah"
"alah beg orang tua, telekong dengan sejadah jee"



tu saja

p.s: watlekk watpeaceee ;)

Saturday, December 10, 2011

Fashion dan Trend

hai. happy weekend.

Alhamdulillah, im feeling better now. have a good meal and good sleep really heals me.
okay straight to the point. before that, pleaseeee do apologize me if my words hurts you or disappoint you. trust me, this is just an opinion and not to derogatory anyone.

FASHION dan TREND

perasan tak, sejak akhir-akhir ni baanyak sangat fashion masuk kat malaysia.(eh tetiba terswitch BM lak). yang saya mula perasan, lepas trend tudung bawal, masuk pulak shawl yang plain tu.alaa sekarang ni seploh ringgit je. tapi buleh dapat lagi murah kan. haha yaaa saya pun antara orang terawal yang terpengaruh dengan shawl plain tu. pantang pegi pkns/ DC( budak-budak uitm tau ni)/ jalan TAR, paling-paling koman, gua amik masa setengah jam belek-belek shawl tu. punya lama pikir nak beli warna apa, last-last tak beli pun. 

lepas kuar shawl plain, keluar pulak shawl yang corak-corak. macam-macam material, chiffon lah, cotton lah. haa yang perempuan sure jom heboh-heboh tau punyalah. time ni, gila jugaklah, pernah borong sampai bankrup sebab kemaruk punya pasal. last-last tak pakai pun. lepas tu keluar lagi dan lagi dan lagi sampailah kemunculan hana tajima. miahahah time ni dah tboleh tahap kemuncak la. start laaaa kemunculan tutorial-tutorial di youtube "how to wear hana tajima shawl style". hamik kau dari kanak-kanak sekolah rendah sampai ibu orang semua berebut-rebut nak buat tutorial. kehkeh maaflah kadang-kadang gua tengok jugak. ada boleh terima, ada yang kadang-kadang nonsense je style camtu.

baanyak sangat fashion dan trend baru muncul sampai gua tak terkejar. *apehal pulak brutal sangat gua-gua ni?* oklah iu hak masing-masing la kan korang nak ikut style terbaru ke apa ke. tapi yang tak menahan tu, jangan lah sampai menyeksa diri sebab nak bergaya punya pasal. tengah-tengah panas terik mentari bercahaya terang tu gak kau nak pakai shawl berbelit lima belas kali. dah berbelit tu, ada pulak make up kau tebal 15 inci siap ada eyeliner cair menampakkan seperti rockers sejati padahal tujuan asal nak jadi ayu dan jelita.

ada pulak tu, punya la nak stylo sampai aduhh selekeh la awak pakai macam tu. pakai elok-elok boleh tak? haa emo pulak ni. hihi sebenarnya entry ni untuk diri sendiri gak. selalu je pakai tudung lepastu keluar rambut kat tepi-tepi. menci tau, rambut ni tak bagi kerjasama dekat i. lepastu bukan setakat keluar rambut, anak tudung pun senget 45 darjah ke barat. eh?

ok lah dah habis bab tudung. fashion baju pun sama jugak. kengkadang tu kalau saya pergi shopping mall ke memana ke, saya pandang kiri kanan samaaaa je semua punya style. lepastu buat muka bangga dan jalan penuh confident sampai gua senyum dekat lu pun lu pandang sebelah bulu mata je. tau la i tak stylo macam youuu. sob sobb..lepastu kan sekarang kan tengah hot dengan korean style. nak cute-cute la konon kan. muka ganas ada parut, jalan kengkang, kaki macam pemain bola sepak tapi ada hati nak pakai leggings dengan dress corak bunga-bunga cinta pendek atas pung***g dengan contact lens big eyes, pipi sapu blusher warna pink walaupun kulit macam ala-ala barrack obama kasi nampak cute ala-ala lee ming ho. bila tegur elok-elok, cakap macam ni. "suka hati aku la, diri aku. kau nak sebok apsal?"

kesimpulan yang saya nak cakap ni, nak berpakaian, nak ikut peredahan masa punya trend, style tu terpulang la masing-masing. tapi kan besederhana tu lagi baik. biar diri selesa dan sedap je mata memandang, jangan terseksa merana semata-mata nak stylo sangat. trust me, kita semua ni dah cantik. tinggal nak asah perwatakan je untuk jadi lebih cantik. hahah hebat gila nak nasihat kat orang. 

panjang gila entry ni. mau masak nasi ayam pun lagi cepat daripada nak habiskan baca entry ni. ni ni ni. nini cekelat celup, celup2!! sedap gak makan benda tu. mana nak cari kat sini ehh.

sebelum berakhirnya entry ni marilah sama-sama kita merenung dan meghayati gambar di bawah. ada baiknya jikalau kalian yang sedang makan, berhenti dulu makan. pause jap. 





























*sumber pakcik google*

ok dah boleh sambung makan. tau dah ramai yang dah tengok gambar tu. saja je nak letak sini. kasi tak nampak serius sangat entry ni. haaa berkesan tak taktik ni? berkesan tak? sapa cakap tak, dia kentut busuk.(cis keji betul permainan kau ni.) sekali lagi, saya mohon ampun dan maaf sekiranya sesiapa terasa dengan entry ni. tiada niat apa-apa, hanya luahan  perasaan terpendam saja. watlek watpeace sudeyyyyy*

ok lah tu je, lain kali saya membebel lagi k. Salam ;)

Friday, December 9, 2011

being alone is s**k kan?

Assalamualaikum.

Happy Friday, the leader of all day. Everyone is waiting for this day, a day that full with barakah. i should be happy today, but hermmmm- really not in a good mood. not in a good situation. all i can say, 
i am L O N E L Y. 

i........




have no one here, i have no close friend that will be with me in this situation, in all situation, HERE.

January, 




please come to me..








.faster.. 




i need my people.....


to be with me.




i hate being lonely.




:(

Thursday, December 8, 2011

Future Planning

Assalamualaikum.

hai all! hows your day? its getting colderrr and colder now. nak bangun tidur, nak pergi toilet, nak buat apa pun semuanya malas. satu benda je saya rajin, MAKAN. hari ni terr rajin pulak nak update belog. kenapa?


okay, ceritanya begini. tadi seperti biasalah curi-curi online FB time kerja sambil-sambil siapkan model dan ditemani secawan kopi hitam pekat menawan tanpa gula (ya, tanpa gula) sambil layan lagu sedih teringat dekat mak ayah yang jauh beribu batu di Malaysia tu.

sambil-sambil scroll mouse tengok apa luahan perasaan terkini kawan-kawan fesbuk, gosip dan isu semasa, saya pun terklik lah satu page seorang beliau ni. beliau ni jual tudung, maklumlah dunia teknologi sekarang ni kan, so banyak lah yang buat online business. sebenarnya dah lama saya meng-friend dengan beliau ni dalam fesbuk tapi baru hari ni terdetik hati nak kaji pasal beliau nih. ceh tiba-tiba gua jadi stalker pulak hari ni. beliau ni cantik, muda lagi, baru 21 tahun, dan masih study. tapi yang paling buat saya lagi nak stalk pasal dia, sebab semua tudung-tudung/produk yang dijual tu, semua didesign sendiri, brand sendiri. in short word, her own company.

wohh korang tak impressive ke kat orang tu bila muda-muda lagi dah ada company sendiri, pakai duit pun titik peluh sendiri, tak payah harap kat mak ayah lagi? so, saya dengan gentlemen nya terus tanya kat beliau,

" camno ekau buleh terpikir buek bisnes ni, yo? terpikir nak design sendiri, pastu ekau dah kayo sekarang. mudo-mudo laie dah pogang duit sendiri tanpo join skim copek kayo mahupon MLM.cubo ekau share siket dongan den"

 beliau pun jawab

"kawe start bisnes ni kecik-kecik ja mulo-mulo. tapi semangat tu yang penting ,denge mu tau gapo dio mu nok dale hidup mu and make sure mu suko denge bendo mu buat tu."

*perbualan diolah 100% tapi isinya sama*

hah silent. sad music turns to faizal tahir song. dark black coffee turns to white sweet coffee.
yaaa! sekarang saya dah tau apa yang saya nak. maaf landscape architect. bukan saya nak curang dengan awak tapi saya lebih minat dengan bakery. yep, -BAKERY- fullstop.
family, kawan-kawan yang rapat mungkin tau minat ke-bakery-an saya ni.
dan yang paling best, saya dah ada business plan dengan beliau yang saya cerita kat atas tu. InsyaAllah balik Malaysia nanti saya jumpa dia.

so, saya nak share sikit dengan korang, ada bakat/ ada harapan tak saya nak maju cam beliau tu lepas tengok gambar kat bawah ni?






alaaa dah-dah cukup. banyak lagi gambar kek/ deserts tapi cukupla taknak menyeksa diri sendiri yang tengah lapar ni.*woi perut engkau boleh diam tak?* hermm siapa-siapa yang hebat dalam marketing planning/ advertising boleh la sharing-sharing k. sharing is caring kan. aihh rindu nya nak baking cake. rindunya rindunya rindunyaaaaaaaaa.
okay itu sahaja untuk sekarang. jadi, apa future planning awak semua? 


krokkrekkkrokkkk *bunyi perut*

Wednesday, December 7, 2011

jakun sebab masuk website Jepang

assalamualaikum <3

hai semua orang. haritu saya ada sebut-sebut pasal flower arrangement class dengan featured in Japan website kan? ingat tak?ingat tak? mesti tak kan. tak pun paling koman korang mesti cakap " bila masa pulak ekau cakap eh?".

takpe korang takpe.... ni yang rasa nak sembunyi belakang langsir sebab merajuk ni. *entahpape engkau ni la*

oklah last weekend aritu saya ada join satu class. kelas ni dianjurkan oleh one of interior design firm dan,adalah seorang encik yang selalu collaborate dengan company saya kat sini lah yang ajak+ sponser kelas tu. dan actually, beliau la sensei untuk kelas tu. mula-mula macam berlagak dan angkuh sebab gua mana minat sangat gubah-gubah bunga ni bro. tapi demi menemankan satu-satunya sahabatku di sini, makanya saya pun turutkan lah jua. lagi tambah rasa nak pergi sebab encik sensei tu promise nak belanja makan pancake lepas kelas tu. haha bab-bab makan ni memang agak kepantangan sikit. orang nak belanja, ekau grab je la. lagipun kan orang tua-tua selalu cakap 'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'. haha dan dan je kan.

kelas tu tak de lah lama pun dan takde la special sangat pun. tapi disebabkan saya dan partner saya je orang melayu kat situ, lebih spesifik lagi orang Malaysia, terus jadi attention untuk kelas tu. haha terus rasa macam selebriti kelas pertama je untuk hari tu. (maaf ya, sediakan lah baldi sendiri kalau nak muntah)

nah kalian boleh klik klik ni tau untuk terus pegi website tu. tapi maaflah ye, tulisan Jepun je. tapi ada yang translate punya rasanya. 
lagi sekali,  


boleh bayangkan betapa gigih dan fokusnya saya tak?

taraaaaaaa. siap dah!
 gambar-gambar curi daripada website tuh.hehehe arigato gozaimasu! ehh yaaa saya tau itu muka sudah bulat. T______T.


haaa bab kelas, bunga, dah habis. jom tengok bawah ni.

haaa kann memang mengancam nii
 ehh ha jangan risau. saya dah cek semua ingredients dalam tu. butter yang digunakan pun vegetable butter. time makan ni tea time, hujan pulak tu. hidang panas-panas, dituang honey pulak atas pancake tu. pelengkap rasa, fresh strawberry yang kaw. haihh. masa taip ni dah sekotak tisu habis buat lap ayaq liuq.


so, macamana dengan weekend awak semua? weekend ni saya takde apa-apa planning lagi. ohh ermm snowman sounds great kan? :) okaylah sampai sini dulu. nak balik masak dan makan. arini bunyi perut macam-macam genre dah nyanyi. dari dangdut ke metal rock. ehemm atas permintaan ramai (ceh lebih dari satu tu kira lump sum ramai la kan) saya nak menepek seketul lagi gambar buat pengubat rindu rakyat Malaysia sekalian. miahahhaha




thanks to beloved sissy for the coat. comfy! *amboi pipi seperti di pam pam*

jumpa lagi!

Tuesday, December 6, 2011

setinggi-tinggi ego, akhirnya jatuh ke tanah juga

salam.

mood masih diparas bawah buku lali.
tajuk entry tiada kena mengena dengan tanah.
tapi, melampau sungguh awak ni.
selama ni saya biarkan je awak, saya bagi muka kat awak,
tapi kali ni awak betul-betul cabar ego saya,
habis rosak semuanya yang saya bina selama ni.
habis hilang semua yang saya simpan selama ni.

AWAK MESTI DIHAPUSKAN DARI HIDUP SAYA!
saya benci awak sampai ke cucu cicit!! tu JANJI saya!!!


I HATE YOU FOREVER!!!!!!!!!!!

.........












.............
















................


















......




I HATE YOU VIRUS! 


haa amek kau anak cucu cicit berjuta-juta. over tau!

tu je. tapi ada benda best lah jadi instead of virus bangang ni. ohh i was featured in one of Japan website! nanti saya buat entry pasal tu. daaaaaa~


mood: masih di buku lali tapi dah up sikit naik ke betis. (lepas dah pasang antivirus baru)

till then ;)

Friday, December 2, 2011

the only adik.

Hye all. Salam Jumaat.


How's your week days? i am pretty sure Friday will be the most favorite day on earth, isn't it? so do i :)
ahha and of course laaa I should be happy. it's December guysss! that means, its closer to January  and what is more important than meeting your family and your loved one? :D
okay2 wont say much about that but i keep counting days every single minute for sure. and do you know what i miss the most lately? mommy?daddy? boyfriend? friend? nahhh all wrong. of course parents should be on top but i miss my only younger sister like seriously! ha ha i dont know why.
fyi, i am the second last number in my siblings which means i have only one adik

" kita baru tahu hargai seseorang bila dia jauh daripada kita."- won't you agree with this?
ya, it is hundred percent totally true!

syarmin husna- this entry is dedicated just for you.

she is syarmin.


ermm i never say like this before, NEVERRR but i have to admit that you are a gorgeous pretty girl. (peliknya puji adik sendiri) and among of my siblings, you are the coolest one. but your coolest sometime is killing me!haha .just finished SPM?ohh you are grown up syarmin!

ya, i know we had been argued A LOT before. i am not a good kakak for you, i know it. i always scold you for a simple thing, i always scream at you, get mad with you, too controlling you- just name it. but have you ever think, there is always been a reason for that. you know that i only have one adik and that is my responsibility as a kakak to keep watch on you. only me.no,  i dont want a perfect adik, but i just want you to be a person that can be a shoulder for me, that can share bad things, good things, my up and down. haha sooo serious kan?


raya raya rindu rindu


hey you know what? i miss your tea, and your iced nescafe and and your sambal sumatera! haha you know you are good in that, right? again, you are a grown up girl, you know that? dont just simply think an enjoy life after SPM. but you have a bigggerrrr and a lot lot things to think after this. got it kan? pleasee please take driving license asap and be my driver. okay?


miss being carzy with you


i cant wait to go back Malaysia so that you can treat me a lot of foods. and gossiping, baking cake together, watching movies together and finishing your money together. hihi. eh i miss you lah. i miss to kick you before sleep. :D 
  


and...






and....





.....




i know you miss me too :)




so sweet kan kakak awak ni? ;p

Wednesday, November 30, 2011

first wordless wednesday

.

.

..

..

...

...

....

....

.....

.....



......


..

Tuesday, November 29, 2011

TRUE FRIEND

"appreciate your friends while they are still with you,
or you will lose them and they will never turn back to you.
NEVER LOSE A TRUE FRIEND."
- elynnzainol

"It is more shameful to distrust one's friends than to be deceived by them."
- Duc de la Rochefoucauld (1613 - 1680) French writer. 

"One loyal friend is worth ten thousand relatives."
- Euripides, Greek playwrite 

"To like and dislike the same things, that is indeed true friendship."
- Sallust (86 - 334 BC) Roman historian 

"A true friend stabs you in the front."
- Oscar Wilde 

"My best friend is the one who brings out the best in me."
- Henry Ford    

"Some people come into our lives and quickly go. Some stay for awhile and leave footprints on our hearts. And we are never, ever the same."
- Anonymous  



 .................................















thanks to you, true friend. this is for you. you know who you are.

"yg pnting...snyum k..bg nmpk hepi"-you
:)

Monday, November 28, 2011

benci ke?

Hai all, salam Isnin.

mulakan hari-hari baru dalam tahun yang baru (tahun Islam) dengan senyuman walaupun pagi-pagi lagi anda sudah dibambu bos ditempat kerja mahupun kereta anda dicalar mat rempit mahupun seluar jeans levi's uptown kesayangan anda di ampaian kena curi ataupun roti bakar breakfast anda hangit pagi tadi. Pagi ni seperti biasalah sementara bos-bos meeting, curi sat masa kerja update belog yang tak semenggah ni. tp terima kasih la ada jugak follower.ehehhe sayang awak semua.

okay2 sebelum ke laut, mari siggah ke sungai dulu.eh entahpape engkau nih, lempang kang. okay2 maaf. mari terus ke topik asal. topik ni sebenarnya dah basi tapi saja nk ketengahkan balik sebab nak tau apa kerasionalan awak semua benci perkara-perkara kat bawah ni. oh, topik ni refer kepada Facebook phenomena ye:

(AMARAN: SILA JANGAN BACA SECARA SERIUS. SELEPAS BACA, SILA LETAK TANGAN DI BAHU DAN MATA PANDANG KE ATAS))

kenapa benci kalau..........:


1) ramai orang(gadis terutamanya) upload gambar kat facebook buat mulut muncung ala2 enjelina joli. kenapa awak nak benci? bagi laaa peluang diorang nak tunjuk lipstik baru beli kat Giant tgh sale.takbaik awak semua salahertikan yang dia orang nak goda lelaki. sekurang-kurangnya, di orang tolong naikkan ekonomi negara sebab tolong promote lipstik yang tengah sale kat Giant tu.

makcik ni pun nak tolong promote lipstik baru tau.warna  natural gitu.(google souce)




2) ramai antara kawan-kawan kita guna "....ewww" di hujung ayat dia orang. tak baik tau nak benci. sebenarnya, dia orang tengah buat senaman jari. itulah senaman yang paling mudah untuk bakar lemak-lemak yang ada kat ibu jari mahupun siku. cuba try sekarang." apewwww kabar awak semuewwww. sihat kewwwwwwwwwww tak? sukewww lewww tewww!"

betul, terbukti berkesan. cuba lah dalam setiap ayat awak kat facebook. tapi saya tak jamin friendlist fb awak berkurang.




3) kenapa perlu benci kalau ramai je (terutama gadis) yang setiap 10/15 minit/setiap hari tukar gambar profile/ post new photo? tak baik tau nak benci. sekurang-kurang nya dia orang nak berkongsi kesyukuran terhadap anugerah Ilahi dikurniakan wajah yang cantik dan ayu dengan awak semua. lagi afdal kalau post gambar baru setiap 5 minit dengan gambar yang sama, bezanya posisi je lain. contoh: gambar pertama tunjuk pipi kiri, gambar kedua tunjuk pipi kanan lepastu buat caption (maaf, saya tak cantik, biasa-biasa je).

google source



4) kenapa perlu benci kalau ada antara adik-adik sekolah post status bergaduh dengan boyfriend/ girlfriend setiap hari tapi esok dah berbaik, pastuh gaduh lagi. contoh macam ni.

ayang: benci la kau.kau ingat aku ingin sangat ke jantan mcm kau.blahlaaa tak hingin la aku.blablabla !@#@$$%**^&(*!!! bla lagi !@@##.justin bieber.....bebal laaa *&^!putus la macam ni!

esoknya...

ayang: alaaa ayang dah ok.semalam sajewww je post marah2.kitew kan dah berjanji sehidup semati. esok kitew makan nasi ayam same2 k awak.


esoknya

ayang: kau ingat nasi ayam tu murah keww? aku beli dgn makcik bedah laaa rm4.50..bayar leww balik..benci kau.benci!!*&*(()#! sumpah nak putus!

dan seterusnyaaaaa..... tak baik tau awak semua benci. adik-adik ni sebenarnya nak tunjuk bahawa air yang dicincang tak akan putus.eh bukan.adik-adik ni nak tunjuk bahawa sebenarnya masih ada harapan selepas putus cinta. eh?


haaa kann kann. tak baik tau awak semua nak benci-benci dia orang ni. ada sebab sebenarnya jadi macam tu.sebenarnya banyak lagi fenomena-fenomena kat facebook kan, tapi disebabkan saya dah malas nak taip,makanya sampai sini saja lah ok? hehe sooooo, apa kata survey? peace! (*_*)v

oh, semalam saya pergi kelas gubahan bunga! the end of the class, ada orang belanja makan 'the best pancake in Hokkaido' pulak. semuanya free.best kan? nak tau? terjah laaa next entry! p/s: buat-buat handcraft ni, teringat pulak kat munirahmokhtar.rindu kau lah munnnn!



till then :)

Saturday, November 26, 2011

if love can

if love
if love can dry your tears

if love can comfort your fears

if love can bring you a smile

if love can make your life worth-while

if love can change your desert green

if love can push away your pain
if love can make you fly on a moving carpet

if love can let you see a magical sunset

if love can bloom your heart with rainbow

if love can let you sing like a yellow

if love can break your loneliness

if love can fill your emptiness

if love can refresh your soul
if love can make you feel complete and whole

if love can bring a sparkle into your eyes

if love can show you the world wonderful and nice

for eternity I will love you.
 (Abdelkrim Gueniche)
 ...........
i miss you.








salam maal hijrah 1433H semua :) 

Thursday, November 24, 2011

semua pun nak!

hai and assalamualaikum,

haih, cuaca sejuk-sejuk sunyi sepi suram macam ni memang lah kan. memang mengundang saya teringatkan malaysia. hari-hari belek kalender, hari-hari hitung hari bila laaaaaaaaa boleh balik ni. mesti awak semua ckp


"elehh setakat praktikal 4 bulan lebih je pun, dah bising-bising homesick bagai"

ok, diulang semula, saya praktikal ye di sini. P R A K T I K A L. dan situasi saya memang sangat berbeza dengan student yang sambung belajar oversea. bayangkan lah, saya BERDUA saja dengan partner saya lagi sorang kat sini. cuba compare dengan student yang memang study kat sini, diorang ada komuniti, ada persatuan pelajar malaysia yang boleh kumpul bila-bila je nak, tau nak communicate dalam bahasa jepang dengan orang sini, tau nak cari kedai makanan halal,blablabla..........

ni saya dan kawan saya berduaaa je ke mana-mana. nak cakap BM pun berdua jelah. lagi satu yang tak berapa bestnya, saya di 'farming village' ya, bukan di tengah-tengah bandar jepang nih. dan tu lah jadi sebab musabab saya ni asik ingatkan malaysia je. tapi takpe, tak lama je lagi. nasib baik ada line internet, buleh jugaklah den contact kengkawan den tuh.

dan seperti awak semua tau, makanan halal memang susah sangat nak jumpa.ye la, mana boleh engkau mentekadarah je semua benda yang nampak sedap. so, makanan hari-hari kat sini sayur.................sayur...............sayur............................kengkadang je dapat makan seafood. muka pun dah macam sayur dah.

dan kat kepala hotak ni dah list dah macam-macam benda yang nak makan dan nak buat bila balik sana. oh kepada raka-rakan taulan, ahli keluarga dan encik ehem2, sila ambil perhatian ye. sekali lagi, SILA AMBIL PERHATIAN. berikut disenaraikan perkara-perkara dan makanan yang bakal saya mentekedarah di bila balik nanti.


FOODS yang bakal dibedal:

1)AYAM : bukan ayam hidup-hidup, tapi segala bentuk makanan yang dimasak menggunakan ayam. hahaha ye, saya memang suka makan ayam. rasa sadis dan pilu je tak tak dapat makan ayam hari-hari.

haaa ni paling tak boleh blah. masakan mak memang terpaling sedap dalam dunia kan? mamaaaa i want this!! (nasi minyak ayam pedas mama- all time fav)

semua fastfood yang jual ayam nak.mc'd,kf,kennyrogers,semualah.ayam goreng pasarmalam pun nak

yang ni paling menguji. ni untuk perhatian abang yang duk dekat2 kajang tu. nak sate kajang ok! 

semua gambar curi daripada pakcik google. terima kasih pakcik. 



menu-menu breakfast seperti di atas sangat la syurga kannn (lap air liur meleleh)



semua gambar curi daripada pakcik google. terima kasih pakcik.

3)Minum petang sambil-sambil tengok sinetron/ rajalawak ulangan ke lapan puluh satu/ spongebob squarepants memang syok kan? lagi- lagi kalau minum petang dengan kesayangan. lagi masyuk.



keropok lekor, pisang goreng ni memang tekak orang melayu punya feveret la kan.



semua gambar curi daripada pakcik google. terima kasih pakcik. 

p/s: kepada encik ehem2, petang-petang dating makan ni sedap kan smbil layan angin sepoi-sepoi bahasa tepi laut.hehehe(dushh kat muka. gediknya kau nyah)


haaa amacam? leleh tak meleleh tengok makanan-makanan ni kan? awak semua yang dekat malaysia tu, hargai lah diri sebagai seorang rakyat malaysia. kat tempat orang susah tau nak dapat semua tu.


Aktiviti-aktiviti  yang akan dipaksa untuk join sekali.:

1) menonton wayang. layan movie dengan kesayangan sambil makan caramel popcorn memang syok kan?dah la tahun depan banyak movie keluar kan? sian kat saya kan?nak tengok wayang pun susah kat sini. (banyaknya kan) :( attention to encik ehem2, kita marathon movie nanti k? saya tak peduli, awak belanja. habis tengok movie, makan aiskrim pulak k? ;p

2)karaoke. haa yang ini khas untuk studiomates saya yang gila kan karaoke. nanti kita layan duaploh lagu sorang tanpa henti.amacam? dare? ok yang ni attention to kaki karok : yantijamal, amyrasazali,atenshafari, ashikinnasa, surayaidilfitri, aisyahazmi, firdausyusoff. i don' care. anda-anda dikehendaki melayan kehendak saya tanpa bantahan.deal?  i love you lah guys.

3) shoppping/ window shopping pun okay. yang ni untuk bonda kesayangan, adik, dan kakak-kakak yang disayangi.lepas shopping, makan. pehh seriously, tak sempurna hidup tak berpeleseran dengan kalian.


semua pun nak!!!cess, tak sedar diri nak berhibur je padahal tahun depan semester akhir dengan thesis+design+tenderdocument bagai. takpe lah, sekali sekala kita kena chillkan diri sendiri kan? ok lah, tu saja yang sempat fikir keinginan yang membuak-buak di dada ni. lain kali saya list lagi.hahahhaha


till then :)

Tuesday, November 22, 2011

mengeluh ke senyum?

Assalamualaikum.

complaining habit, siapa antara awak semua tak pernah mengeluh? saya gerenti awak semua mesti biasa dengar ayat-ayat kat bawah ni kan? jangan tipu la kalau awak tak pernah walau sekali pun mengeluh/ cakap macam ni;


"ah, bosan nya hidup saya ni. bencilah!" atau

"ah, kenapa dia saja yang bertuah? dia cantik/kacak, dia bijak, keluarga dia kaya,hidup mewah! hidup dia fun!. boleh enjoy sana sini. kehidupan dia perfect! kenapa saya tak sebertuah dia?" atau


"saya dah letak sepenuh usaha saya untuk jadi pelajar/pekerja terbaik. dia tak buat apa-apa pun, tapi, kenapa mesti dia juga yang jadi kesayangan pensyarah/ bos? atau


"dia tak cantik langsunglah, macamana dia boleh jadi teman wanita lelaki handsome tu?"   atau


"s#*t! bencinya kerja ni! kalau lah saya boleh putar masa, saya tak akan pilih kerja ni!" atau

" panasnya hari ni, tolonglah hujan...."( hari panas).....tapi bila hujan,."ah, kenapa hujan pulak ni?? kenapa perlu hari ni..?"   atau

"untunglah dia ada kereta/gadget/ aset mewah. saya ni mana mampu semua tu....."

~and the list goes by.........~

kita terus mengeluh setiap hari. bukan mengeluh saja, tapi kita salahkan pula orang lain atas ketiakpuashatian kita dalam hidup ni. bukannya kita tak pernah terfikir/ tau.......

bila kita mengeluh kita tak cantik/ kacak,
sebenarnya ramai lagi yang lagi hodoh daripada kita.

bukannya kita tak tau,

bila kita mengeluh hidup kita tak bertuah,
sebenarnya ramai lagi yang bernasib teruk daripada kita.

semakin kita mengeluh, sebenarnya semakin kita membuka kelemahan diri kita. instead of letting our self keep complaining, why not we just smile and let the things go?
sejak akhir-akhir ni saya banyak fikirkan masalah. end up, saya mengeluh, saya down, saya menangis. sampai satu hari, kawan saya cakap;

 "elynn, apa yang kau dapat dengan down, menangis je macam ni? daripada kau menangis hari2 macamni, apa kata kau senyum je, kau buat benda yang yang boleh buat kau senyum balik."

disebabkan tersentap punya pasal, esoknya saya bangun pagi, saya jogging keliling padang 20 round tanpa henti smbil menyanyi kuat2. kalau orang tengok pun mesti cakap saya mereng.lantaklah, yang penting saya lega yang teramat lepas tu. setiap pagi bangun tido, saya mesti senyum dan motivate diri sendiri.

"no more tears, no more complaining.just smile"

Alhamdulillah, saya jadi lebih bersemangat sekarang.biar apa masalah yang datang, saya boleh cool. So guys, lets take a positive step towards a better life
 ............................................................................
Senyum saja, macam saya :)
 kat hidung tu bukan mukus/najis hidung tp cermin tu yg kotor.hak2








till then :)

p/s: pelik gila bila guna bahasa baku macam ni. eh, TAHNIAH SKUAD MUDA MALAYSIA!

Monday, November 21, 2011

people behind me.

assalamualaikum.

lately, i dont know why, i just miss Malaysia soo much.

i miss the foods. (see, food must be the priority!)

i miss my home.

i  miss my family.

i miss my friends.

i miss my studio life.

i miss everything about Malaysia.

'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri."- ya, it is totally true!

but, despite the longing things, there are always people behind me that keep supporting me where ever, when ever,what ever situations. they keep be with me on my ups and downs, on my good and bad. thank you guys for always being my strengthen.

.......................




thank you mommy, thank you daddy.


sisters and a brother- just a perfect family!

YOU! - :)














coolest friend on earth?-well said!
 

we shared most of our things in life, thank you aten!






gossip friend? 'karok friend'?-yes he is one of a good friend.






i miss your craziness, peeps!




thank you God, for sending me, for giving me these great people in my life. they are just a perfect gift from You. for anak-anak 7 gemilang, lets break the rules guysssssssssssssssss! there is just 1 semester left!



p/s: courtesy of aten and pai. i stole lots of your pictures from fb. eheee ;p



THE END.